Filemografi Manisha Koirala

Koirala mempromosikan Bhoot Returns (2012)

Manisha Koirala ialah seorang pelakon wanita Nepal yang dikenali menerusi karyanya dalam perfileman Bollywood.[1] Kerjaya lakonan Koirala bermula dengan dalam filem Nepal Pheri Bhetaula (1989).[2] Dua tahun kemudian, beliau membuat penampilan sulung Bollywoodnya dalam Saudagar arahan Subhash Ghai, yang menjadi kejayaan komersial.[3][4] Namun, beliau menyusulinya dengan muncul dalam beberapa filem yang kurang mendapat sambutan di pecah panggung, termasuk First Love Letter (1991), Anmol (1993), dan Dhanwan (1993).[3] Kerjaya Koirala mula meningkat dengan memegang watak anak perempuan seorang pejuang kemerdekaan dalam 1942: A Love Story (1994) arahan Vidhu Vinod Chopra.[3][5][6][7] Persembahannya mendapat pujian dan melayakkan beliau menerima Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik.[3][5][8] Pada tahun berikutnya, Koirala memenangi Anugerah Pengkritik Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik, dan Anugerah Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik – Tamil bagi wataknya sebagai seorang Muslim yang bernikah dengan seorang Hindu semasa pemberontakan Bombay 1992–93 dalam filem drama berbahasa Tamil arahan Mani Ratnam Bombay (1995).[3][8][9][10]

Bagi persembahannya sebagai anak kepada pasangan bisu dan tuli dalam Khamoshi: The Musical (1996) arahan Sanjay Leela Bhansali, Koirala meraih Anugerah Pengkritik Filmfare kedua berturut-turut bagi Pelakon Wanita Terbaik.[3][9][11] Beliau menyusulinya dengan peranan-peranan utama dalam Agni Sakshi (1996) dan Gupt: The Hidden Truth (1997), yang menjadi filem India dengan keuntungan tertinggi pada tahun mereka masing-masing.[12][13] Beliau memegang watak seorang pengganas bersama Shah Rukh Khan dalam Dil Se.. (1998), filem India pertama yang memasuki 10 teratas dalam pecah panggung United Kingdom.[14] Namun, peranan Koirala dalam filem-filem yang kurang mendapat sambutan di pecah panggung, seperti Dil Ke Jharokhe Mein (1997), dan Achanak (1998), yang mengakibatkan kemerosotan dalam kerjaya filemnya.[3][11] Beliau membuat penampilan sulung televisyennya pada 2000 sebagai salah seorang pengacara rancangan permainan Sawaal Dus Crore Ka bersama Anupam Kher. Penarafan rendah rancangan itu menyebabkan khidmat Kher dan Koirala dipecat.[15] Untuk peranannya sebagai kekasih samseng dalam filem drama jenayah 2002 Ram Gopal Varma Company, beliau menerima Anugerah Pengkritik Filmfare untuk Pelakon Wanita Terbaik ketiganya.[16][17][a] Koirala juga muncul dalam filem kontroversi Ek Chhotisi Love Story dimana beliau memegang watak sebagai seorang wanita yang diam-diam diperhatikan oleh seorang remaja.[18] Pada tahun berikutnya, beliau memegang watak penulis Bengali Sushmita Banerjee dalam filem drama Escape from Taliban melayakkan beliau memenangi Pelakon Wanita Terbaik (Anugerah Persatuan Wartawan Filem Bengal).[19][20][21]

Kerjaya Koirala mula menurun pada awal hingga pertengahan 2000-an, kerana beliau muncul dalam filem-filem yang gagal di pecah panggung.[22] Pada tahun 2004, beliau menjadi penerbit untuk filem Paisa Vasool,[23] yang kurang mendapat sambutan di pecah penggung.[24] Pada tahun berikutnya, beliau memegang watak puteri kerajaan Mughal, Jahan Ara dalam filem drama sejarah Taj Mahal: An Eternal Love Story.[25] Pada tahun 2008, Koirala berlakon dalam filem Khela arahan Rituparno Ghosh, di mana beliau memegang watak seorang wanita dalam perkahwinan yang bergolak.[26] Dua tahun kemudian, beliau memegang watak sebagai seorang isteri penzina dalam filem drama Malayalam Elektra.[27] Pada tahun berikutnya, beliau memegang watak seorang Muslim Kashmiri yang berupaya untuk mengembalikan persahabatan zaman kanak-kanaknya dalam filem antologi Onir I Am (2011).[28] Pada tahun 2012, beliau muncul dalam filem seram Ram Gopal Varma Bhoot Returns sebagai ibu kepada seorang anak perempuannya yang dirasuk.[29] Pada tahun berikutnya, beliau beehat dari kerjaya lakonan selepas disahkan menghidap kanser ovari. Selepas menjalani rawatan selama enam bulan, Koirala pulih sepenuhnya.[30][31] Pada tahun 2015, beliau kembali berlakon dalam filem thriler psikologi Chehere: A Modern Day Classic.[32]

  1. ^ Pradhan, Shirish (18 October 2009). "Manisha Koirala set to join Nepal politics?". Rediff.com. Dicapai pada 12 June 2016.
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama debut
  3. ^ a b c d e f g Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama myself
  4. ^ "The economics of moviemaking". Rediff.com. 24 October 2002. Dicapai pada 25 July 2015.
  5. ^ a b "Manisha Koirala, 1942: A Love Story". Rediff.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2016. Dicapai pada 23 July 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  6. ^ Rajadhyaksha, Ashish; Willemen, Paul (10 July 2014). Encyclopedia of Indian Cinema. Routledge. m/s. 183. ISBN 978-1-135-94318-9. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  7. ^ "1942 – A Love Story". British Film Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 August 2016. Dicapai pada 5 June 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  8. ^ a b "Manisha Koirala's 12 Most Powerful Performances". Times Internet. 30 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 January 1970. Dicapai pada 23 July 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  9. ^ a b "Filmfare Awards: Manisha Koirala Loved That Ranbir Kapoor Touched Rekha's Feet". NDTV. 9 February 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 July 2015. Dicapai pada 20 July 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  10. ^ Shaw, Tony (20 November 2014). Cinematic Terror: A Global History of Terrorism on Film. Bloomsbury Publishing. m/s. 164. ISBN 978-1-4411-5809-3. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 April 2017. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  11. ^ a b "The Manisha phenomenon". Rediff.com. 9 April 2002. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 September 2015. Dicapai pada 23 July 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  12. ^ "Top Worldwide Grossers 1996". Box Office India. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2015. Dicapai pada 23 July 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  13. ^ "Top Worldwide Grossers 1997". Box Office India. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 August 2015. Dicapai pada 23 July 2015.
  14. ^ "Dil Se – 1998". Time. 27 October 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 May 2016. Dicapai pada 24 July 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  15. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Sawaal
  16. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama company
  17. ^ a b "Shah Rukh, Ash, Ajay Devgan's rich haul". Rediff.com. 22 February 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 December 2014. Dicapai pada 20 July 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  18. ^ Mahesh, Chitra (22 November 2002). "Ek Chotisi Love Story". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2008. Dicapai pada 1 June 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  19. ^ "67th Annual BFJA Awards". Anugerah Persatuan Wartawan Filem Bengal. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 January 2010.
  20. ^ "Escape From Taliban — A True Story". BBC. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 September 2016. Dicapai pada 1 June 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  21. ^ ""Escape from Taliban" author Sushmita Banerjee shot dead in Afghanistan". Reuters. 6 September 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 June 2016. Dicapai pada 1 June 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  22. ^ "Birthday special: Manisha Koirala's dramatic life in pictures". Daily Bhaskar. 16 August 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 July 2016. Dicapai pada 1 June 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  23. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Paisa
  24. ^ "We heard it through the grapevine..." Tehelka. Diarkibkan daripada yang asal pada 17 June 2016. Dicapai pada 21 May 2016. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  25. ^ "'Taj Mahal' set for release in UK, India". The Economic Times. 23 October 2005. Dicapai pada 25 July 2015.
  26. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama Masand
  27. ^ Nagarajan, Saraswathy (27 May 2010). "The 'Elektra' complex". The Hindu. Dicapai pada 31 May 2016.
  28. ^ "'I Am Megha' is about the plight of Kashmiri Pandits: Juhi". The Indian Express. 20 December 2009. Dicapai pada 1 June 2016.
  29. ^ Kumar, Anuj (17 October 2012). "Manisha returns". The Hindu. Dicapai pada 1 June 2016.
  30. ^ "Cancer-free Manisha Koirala follows strict fitness regime". The New Indian Express. 27 July 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 July 2015. Dicapai pada 24 July 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  31. ^ "I made many wrong choices earlier: Manisha Koirala". The Times of India. 22 February 2014. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 June 2016. Dicapai pada 24 July 2015. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  32. ^ "Premiere of Manisha Koirala's comeback film 'Chehere' with Jackie Shroff, Hrishita Bhatt". Firstpost. 21 August 2015. Dicapai pada 9 November 2015.


Ralat petik: Tag <ref> wujud untuk kumpulan bernama "lower-alpha", tetapi tiada tag <references group="lower-alpha"/> yang berpadanan disertakan


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search